Tugasan II : Tali Barut

Penyelesaian
Tugasan ini adalah sambungan dari Tugasan 1.
Hint diberikan adalah "Media sosial video pendek".
Seperti yang kita tahu media sosial yang paling terkenal dengan video-video pendek adalah Tiktok.
Mencari username ITSLOKI adalah agak mustahil kerana terlalu banyak dan susah untuk diteka.
Jadi saya mencari akaun milik Bahtera Siber.

dan melihat followers akaun tersebut.
Tanpa sengaja, saya terjumpa satu akaun bernama p3tualang

Tanpa ragu-ragu, saya pergi ke akaun tersebut dan mendapati satu link ke discord server ITSLOKI pada salah satu videonya

Okay, tapi kenapa p3tualang? Pada Tugasan 1, terdapat satu gambar yang diberi apabila kita ekstrak file .eml
tersebut. Saya dapati beberapa nama terpapar pada gambar tersebut yang berkemungkinan ada hubungan dengan ITSLOKI, dan salah satunya adalah p3tualang

Pergi ke discord server tersebut, pada channel ddos, social-enginnering dan ransomware saya mendapati bahawa terdapat mesej pelik yang dihantar oleh 0xm4mbang

Selepas itu, saya terlihat satu lagi hint diberikan oleh 0xm4mbang

Wah, ini adalah Baconian!
Dekod text tersebut, dan rupanya itu adalah mesej dari Sambanthan

Bendera
3108{S3NT14SA_P3KA}
Last updated